Jumaat, 3 Mei 2013

RPH dan Refleksi


TEMA
Kebudayaan
 
TAJUK
Congkak

 

           
 
 
 
 
FOKUS
 
Standard
 Kandungan
 
 
 
3.3
 Membaca dan membina perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
 
Standard
Pembelajaran
 
 
 
3.3.3
 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.

 

 
 
 
OBJEKTIF
 
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
 
Ø  Mengenalpasti dan menulis kata Adjektif yang terdapat dalam teks bacaan.
 
Ø  Membina dan menulis ayat menggunakan kata Adjektif
 
 
 
 
 
 
PENGISIAN KURIKULUM/
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
 
 
Pengisian Kurikulum : Ilmu – Kebudayaan
                                   Nilai – menghargai 
                                      Warisan budaya
                                  KBT/EMK – Peraturan                       
                                                      sosiobudaya
 
 
SISTEM BAHASA
 
 
 
Sistem Bahasa  : Tatabahasa – kata
                                                      Adjektif
                       
Sintaksis -  membina ayat dari kata adjektif
                    yang di beri.
Kosa Kata – mudah, lama, kotor, kecil,
                     segar
 
 
 
 
BAHAN BANTU BELAJAR
 
 
 
Petikan dan  lembaran kerja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
AKTIVITI
 
 
 
 
PENGISIAN KURIKULUM /
EMK
 
 
 
 
 
CATATAN
 
 
 
-Murid membaca teks secara mekanis.
 
- Murid mendengar penerangan guru tentang   kata Adjektif.         
 
 -Murid menggariskan perkataan Adjektif yang terdapat dalam petikan.
 
- Murid menyebut kata Adjektif yang terdapat dalam petikan
           
 
 
           
 
 
 
Ilmu – Sivik
 
  Nilai – bekerjasama,mematuhi peraturan permainan
                                  KBT/EMK – peraturan sosiobudaya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penilaian :
 
 Menjawab solan bertumpu dan bercapah
 
Pengayaan :
Membina ayat berdasarkan kata adjektif yang di beri.
 
Pemulihan :
Melengkapkan ayat dengan kata adjektif yang di beri.
 
 
 
 
 
Refleksi
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

 

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia                 Kelas : 3 Satria                       Masa : 7:40-8:10

Tema / Tajuk                           : Kebudayaan / Congkak

Standard Pembelajaran :  3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

Ø  Murid dapat  membina lima jawapan pemahaman berdasarkan soalan  yang  bertumpu dengan betul.

Ø  Murid dapat mencatat lima jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul .

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran :

Ø  Murid membaca teks  yang di berikan dengan  sebutan dan intonasi yang betul.

Ø  Murid dan guru bersoal jawab tentang teks yang di baca.

Ø  Murid menggaris kata Adjektif yang terdapat dalam petikan

Ø  Murid menyebut kata  Adjektif yang terdapat dalam petikan.

Ø  Guru mengedarkan soalan pada murid

Ø  Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru.

                      

Penilaian  P & P         :

*      Penilaian         :  Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi.

*      Pengayaan      : Murid membina ayat adjektif  yang di beri  (permainan congkak).

*      Pemulihan       :  Murid melengkapkan petikan yang di berikan .

Sistem Bahasa              :  Tatabahasa –  Kata Adjektif

                             Sintaksis – Ayat Penyata

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Sivik

                                   Nilai – Bekerjasama

                                   KBT/EMK – Peraturan Sosiobudaya

Bahan Bantu Belajar  :  Petikan dan  lembaran kerja.

Refleksi                               :

 

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

 

NAMA : ____________________                                       KELAS : ________________

 

TARIKH : ____________________

 

 

KEMAHIRAN
MENULIS.
BAND
3
PENYATAAN STANDARD
Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
DESKRIPTOR
B3  DT 1  E1
 
3.3.3  Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan    
           bertumpu dan bercapah.
 
 
 
 
 
 
 
 
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
 
Langkah Pentaksiran
 
 -Murid membaca teks  yang di berikan  dengan sebutan dan intonasi yang
   betul.
 
- Murid dan guru bersoal jawab tentang teks yang di baca.
 
-  Murid menggaris kata Adjektif yang terdapat dalam petikan
 
- Murid menyebut kata  Adjektif yang terdapat dalam petikan.
 
- Guru mengedarkan soalan pada murid
 
- Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru.
 
-Murid mencatat jawapan dalam lembaran yang di sediakan.
 
 
Penilaian  P & P : Pengayaan –  Murid membina ayat adjektif  yang di beri  (permainan congkak)
 
Pemulihan – Murid melengkapkan petikan yang di berikan .
 
 
 

 


 

ARAHAN:     Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.  Kemudian, jawab soalan-soalan yang mengikutinya.          

 

            Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang masih segar hingga hari ini. Permainan ini sangat terkenal di kalangan penduduk-penduduk Nusantara, termasuklah Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.  Permainan ini asalnya dimainkan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang.  Ada beberapa jenis permainan congkak yang terkenal iaitu jenis lima lubang, tujuh lubang dan sepuluh lubang.

            Permainan congkak telah banyak mengalami perubahan sejak ia diperkenalkan. Pada zaman dahulu, tanah dikorek untuk membuat lubang-lubang congkak. Mereka juga perlu mencari buah getah sebagai buah congkak. Kini, terdapat berbagai jenis papan congkak yang diukir dengan indah. Ada yang dihiasai dengan gambar awan larat atau dibuat seperti kapal.  Buah congkak pula digantikan dengan guli kecil.  Dengan papan congkak, tangan pemain tidak kotor.

            Sehingga kini, kaum yang mula-mula sekali bermain congkak belum diketahui.  Begitu juga dengan tarikh yang tepat mengenai kewujudan permainan congkak. Namun begitu kita tahu bahawa orang-orang Melayu telah bermain congkak sejak zaman dahulu.

            Permainan ini nampaknya mudah.  Sebenarnya ia tidak semudah yang kita lihat. Pemain yang bagus harus menggunakan daya pemikirannya untuk mengira dalam kepalanya berapa banyak buah yang terdapat di dalam sesuatu lubang itu dan buah dari lubang manakah yang harus dia mulakan.  Walaupun demikian, permainan ini haruslah dimainkan jika ada masa lapang yang panjang kerana ia memakan masa yang agak lama untuk menghabiskan permainan. 

            Berbagai cara telah diadakan untuk membangkitkan semula permainan ini. Dalam pesta-pesta kebudayaan atau kesenian, congkak akan diperkenalkan kepada mereka yang tidak pernah melihatnya.  Kita harus menyokong usaha ini supaya permainan ini tidak pupus dek zaman. Ini perlu untuk menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang kaya dengan budaya dan seni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama : ______________________________    Kelas  :  _____________________________

Tarikh  :___________________________

B4 DT1 E1

ARAHAN:     Berdasarkan petikan karangan di atas, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

 

1.      Apakah permainan tradisional yang terdapat dalam petikan?

 

____________________ ___________.

 

           

2.      Di negeri manakah permainan congkak  sangat terkenal ?

       

            _________________________________.

 

           

     3.  Berapa jenis permainan congkak yang biasa di mainkan?

 

            ____________________________________

 

 

4.      Siapakah yang mula-mula memainkan permainan congkak ?

 

              ______________________ _____________.

 

           

5.      Apakah kata lawan bagi perkataan menyokong yang terdapat dalam petikan  ?

     

Nama : ______________________________   Kelas  :  _____________________________

Tarikh  :___________________________

B4 DT1 E1

Aktiviti Pengayaan

Arahan :  Bina ayat daripada kata  adjektif yang di beri.

 

1.      Segar

___________________________________________________

     

2.      Kecil

__________________________________________________

      

3.      Kotor

__________________________________________________

4.      Lama

__________________________________________________

 

5.      Mudah

 

_________________________________________________

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama : ______________________________   Kelas  :  _____________________________

Tarikh  :___________________________

B4 DT1 E1

 

Aktiviti Pemulihan

Arahan :  Lengkapkan ayat dengan kata adjektif yang di beri.

Segar                     Kecil                           kotor               Lama               Mudah

 

1.      Kejadian itu masih ____________  lagi dalam Ingatan saya .

 

2.      Tong sampah itu sangat ____________ dan berbau busuk.

 

3.      Almari _____________ itu  terletak di sudut tepi bilik

 

4.      Soalan kertas Bahasa Malaysia itu ____________ di jawab oleh murid.

 

5.      Amin sudah ____________  menunggu ibunya datang mengambil.

     

      

 

 

 

 

 

 

 

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

   Kekuatan

Penggunaan langkah 1 sebagai pilihan Makro Pengajaran. Ketegasan dan kelantangan suara masih ditekankan. Penekanan tentang mata pelajaran yang lalu diterapkan.(Penggunaan suku kata terbuka dan tertutup) yang berkaitan dengan tajuk.Saya memberi maklum balas pada jawapan yang murid berikan. Bagi mewujudkan keseronokan belajar, keaktifan murid bertambah ketara. Keadaan sebenar pengajaran & pembelajaran dapat dirasai dan murid kelihatan tidak kekok langsung. .

Saya telah bersikap inisiatif mengubah perancangan dengan mengatasi masalah masa yang tinggal dengan mengambil aktiviti tambahan dari langkah 2 (Aplikasi Idea) – Membina ayat dan mengadakan aktiviti tambahan – mendemonstrasikan perkataan secara simulasi oleh murid. Walaubagaimanapun perjalanan isi pelajaran tidak terjejas dengan kesilapan teknikal ini dan ia berjaya disampaikan dengan baik.

Saya menggunakan daya usaha dengan bertoleransi untuk mengawal keadaan disiplin murid; tidak membiarkan murid membuat aktiviti bermain dengan rakan yang mungkin mengganggu pemahaman dan kelancaran isi pelajaran yang ingin disampaikan (Saya bergerak ke semua tempat duduk murid). Saya berjaya menarik semula minat belajar murid dengan memanggil murid yang tidak mahu mencuba. Saya turut memberi peluang semua murid untuk mencuba menyatakan apa yang  di pelajari. Tidak lupa juga, saya membuat penegasan – mengulang semula ayat yang dibuat oleh murid supaya lebih jelas didengar dan difahami oleh seluruh kelas.

Secara keseluruhannya suasana isi pelajaran yang aktif dapat diwujudkan. Guru berasa terhibur dengan keletah murid yang bekerjasama dalam aktiviti pengajaran  & pembelajaran. Pada akhir langkah ini, saya memberi ganjaran atau motivasi – bertepuk tangan oleh guru,murid di atas usaha yang ditunjukkan oleh murid semasa sesi demonstrasi – simulasi. Penekanan latih tubi perkataan menambah pemahaman murid.

 

 

 

Kelemahan.

Masa yang ditetapkan ialah 30 minit, tetapi saya hanya dapat merakam pelajaran dalam masa 27 minit daripada masa yang diperuntukkan. Saya seharusnya menggunakan ABM di awal p&p untuk menarik minat murid.

Dalam langkah 3 saya sepatutnya dapat menggunakan banyak perkataan lain yang murid tahu berkenaan dengan kata adjektif  atau memberi contoh kepada murid lalu menulis di papan tulis atau menyuruh murid menulisnya sendiri di depan.

 

  Langkah Mengatasi

Pengelakkan ketidak tepatan masa dan aktiviti,seharusnya saya membuat ujikaji pra-pengajaran dan mendapat khidmat pandangan komentar daripada rakan sebelum menjayakan aktiviti Makro pengajaran ini.

Saya  juga seharusnya menyediakan kad perkataan kata adjektif. . Murid juga boleh diberi peluang menulis ayat mudah di papan tulis.

Secara keseluruhannya, tiada kelemahan begitu ketara yang timbul pada pendapat saya sendiri. Walaupun terdapat kesilapan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun murid ternyata dapat mengikuti pembelajaran dengan jayanya. Paling penting ialah objektif tercapai dan murid berjaya melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Refleksi Rakan

Saya telah sempat meminta maklum balas serta pandangan daripada rakan saya berkenaan pengajaran yang telah dilaksanakan. Beliau berpendapat; saya harus menyediakan Bahan bantu mengajar yang lebih menarik. Secara peribadi beliau menambah lagi,

Beliau turut menyentuh tentang bagi menambah aktiviti serta minat murid. Sememangnya; dia turut memberi idea supaya contoh-contoh perkataan kata adjektif  diperbanyakkan lagi bagi menambah pemahaman murid tentang konsepnya serta memperlengkapkan masa pada aktiviti yang dirancang.

Saya menerima komen beliau dengan hati yang terbuka dan positif . Kesyukuran timbul apabila beliau turut berasa gembira melihat penglibatan murid serta guru yang aktif sepanjang mikro serta makro pengajaran dijalankan.

Saya akan berusaha sebaik mungkin melakukan tindakan wajar yang seterusnya bagi menambahbaik kesilapan dan kekurangan yang telah saya lakukan pada sesi mikro dan makro pengajaran serta Rancangan Pengajaran Harian. Sesi rakaman ini sekali gus menyedarkan saya; untuk menjayakan sesuatu perlukan pengetahuan,pemahaman,kemahiran, kesabaran dan daya usaha yang gigih. Kepuasan hanya dapat dicapai sekiranya sesuatu objektif pelajaran tercapai dan murid dapat menghayati pembelajaran mereka.Bagi guru pula, memberi kesedaran bahawa pentingnya menguji daya pendidik yang sewajarnya dan sentiasa berusaha bagi meningkatkan profesionalisme perguruan.